Sunday, September 19, 2010

Gadis Facebook dan Buat Duit Dengan PTC

Sorry lah, lupa nak update blog. iss, nih lah kes layan gadis kat FB, asik chat saja. saya berharap saya tidak akan menjadi ulat FB.

emm, sebenarnya hujung minggu nih saya boring sangat. Tidak tahulah kenapa. Mode blogging pun slow sangat. nak kata sakit tak juga. Macam ada taman dalam hati. Apa-apa pun ada beberapa perkara yang saya nak cerita:

Pertama sekali, saya nak cerita tentang program PTC yang saya kongsi hari tu,Malaysian PayPerClick. Sebenarnya saya agak hairan jugalah, kenapa susah sangat diorang nak bagi iklan untuk di click. Cuba bayangkan, 2 hari 1 click, dahlah 1 click rm0.01 saja. Seorang sahabat mencadangkan saya upgrade, tapi saya belum bersedia kearah itu, saya masih menyiasat program ini, pengiklan pun macam tak ramai, saya cuba untuk cari kelebihan program ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada 3 individu yang telah mendaftar dibawah saya. Saya sedang berfikir hadiah apa yang saya nak beri kepada 3 individu tersebut, mungkin ebook.

Hari ini juga saya telah join satu program PTC, juga dari malaysia iaitu Ads4live. Esok saya akan huraikan sebab saya join program ini, saya bukanlah seorang yang mudah sangat join program sebegini. Nak lihat, click Ads4live

1 comment:

sabree hussin said...

mungkin pengiklan rasa tak berbaloi kot nak guna perkhidmatan PTC tu