Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Esok 31 ogos, bermakna sudah 53 tahun negara mencapai kemerdekaan. Namun di Sabah, bahang sambutan itu bolehlah diibaratkan suam-suam. Dari pemerhatian saya di Kota Kinabalu, tidak sampai 10 peratus kenderaan mengibarkan bendera. Di kawasan kediaman saya pula,cuma rumah saya yang kibarkan bendera, bendera itu berharga RM4.50. Mungkin juga penduduk di Sabah mula sedar bahawa 16 september ialah tarikh sebenar Sabah merdeka apabila bergabung dengan Semenanjung, Sarawak, Singapura. Ini adalah Sejarah yang tertulis. Pembentukan Malaysia, adalah fakta sebenar kemerdekaan Sabah.

Apa-apa pun saya berharap Malaysia akan terus aman dan makmur. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Blogger Yang Terkentut

Tajuk artikel kali ini agak melucukan. Tapi demi menyahut cabaran dari Bro Izad. Maka saya tulis artikel ini. Biasalah manusia, mesti pernah kentut. Tapi saya nak cerita pengalaman saya di sebuah Cyber Cafe (Masa tu saya belum ada laptop dan broadband), baru 10 minit online saya dah stop, sebabnya ada seseorang yang melepaskan gas beracun tanpa disedari oleh sesiapa, kentut yang keluar tanpa sembarang bunyi, ibarat senjata biologi yang memusnahkan sistem pemikiran, nak tulis artikel pun susah, oksigen tak cukup, dengan cyber yang tertutup dan berhawa dingin. Seperti kata seorang sahabat, sesiapa yang kentut busuk, punggungnya buruk, ada-ada saja.

Tapi persoalannya adakah kentut sejenis penyakit.Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus.

komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Makanan yang boleh menyebabkan kentut
Kacang
Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
Produk tenusu seperti keju, aiskrim, bijirin

Dipendekkan cerita, siapa yang tidak pernah kentut, kemungkinan mempunyai masalah kesihatan. Tapi jika anda mengalami kentut yang keterlaluan, dalam sehari berpuluh kali kentut, sila jumpa doktor, mesti ada yang tak kena.

Sunday, August 29, 2010

Buat Duit Dengan Foto

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang bertajuk Buat Duit Dengan Foto. Buku ini berharga RM14.50(SM) dan RM16.50(S/S). Terbitan PTS. Ditulis oleh Muhammad Bin Ali. Beliau mula menceburi stok foto pada tahun 2007. Beliau mengambil kursus fotografi secara sambilan di Okinawa International Center, Jepun. Buku ini dihasilkan daripada pengalaman dan kajian beliau tentang stok foto.

Tidak kira apa jua kamera yang digunakan, foto yang terhasil mempunyai nilai dan kualiti yang tersendiri. Rakam foto, upload ke laman web agensi stok foto dan wang royalti dimasukkan ke dalam akaun anda. Bisnes ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

3 Pendekar Blogger

Hari ini kepala saya agak pening sedikit. Mungkin kerana lewat tidur semalam, gara-gara layan EPL. Walaubagaimanapun saya ingin berkongsi sesuatu diblog pribadi ini.Hari ini saya ingin berkongsi 3 orang blogger yang sentiasa memberikan saya inspirasi. Tanpa mereka mungkin saya tidak akan berblogging lagi. Saya mula mengenal dunia blogging pada awal tahun 2008. Bahkan blog pribadi saya ini pernah mempunyai nama domain sendiri, yang saya beli daripada Sempoihosting milik Bro Shuth. Namun pada tahun 2009, semangat untuk blogging mula luntur. Salah satu perkara yang melemahkan saya ialah, penguasaan Bahasa English yang lemah. Mungkin juga kerana saya tidak berblogging dengan cara yaang betul.

Pada pertengahan 2010 sekali lagi saya bermula. Mungkin kerana syarikat pengiklanan seperti Nuffnang telah berkembang, menarik minat saya untuk terus blogging dengan teknik yang betul. Selain itu, keinginan berkongsi pengetahuan juga salah satu penyebab saya kembali blogging. Ditambah lagi dengan kejayaan beberapa individu,membakar semangat saya.

Tiga individu yang saya gelar pendekar blogger ini ialah:

1)Bro Rohaizad
Beliau ialah seorang Full Time Blogger. Maksudnya beliau memang mencari rezeki dengan dunia blogging ini. Rasanya beliau berasal dari Johor. Beliau banyak berkongsi suka duka dunia blogging. Beliau juga seorang Guru Blogging, kerap menganjurkan Seminar Blogging.

2)Titan
Dia nih seorang Part Time Blogger. Namun pada hakikatnya pernah menjadi Full Time blogger sebelum mendapat kerja kerajaan. Saya sendiri tidak tahu nama sebenarnya. Pada mulanya, saya ingat dia nih berasal dari Melaka, tapi sebenarnya berasal dari Negeri Sembilan. Bekas Pelajar UMS. Walaupun cara penulisan dia agak pedas, namun saya menggemarinya, kerana setiap kata-kata dia memberikan semangat.

3)Bos
Beliau lebih mesra dengan panggilan BOS. Pernah berkerja sebagai Jurutera R&D di Singapura dengan gaji lumayan. Tapi beliau berhenti berkerja kerana pendapat beliau melalui blogging cukup lumayan. Beliau akhirnya bergelar Full time Blogger. Melalui blog peribadi beliau, banyak yang saya pelajari.

Friday, August 27, 2010

Terima Kasih Memberi Saya 54 Nanged


Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger kerana memberikan Nangs kepada satu artikel saya iaitu "Blog Saya Yang Menjana Pendapatan Dari Nuffnang." Tanpa anda, siapalah saya.

Thursday, August 26, 2010

Blog Saya Yang Menjana Pendapatan Dari Nuffnang


Hari ini saya nak berkongsi tentang satu blog saya yang benar-benar memberi pendapatan dari nuffnang. Blog ini pada mulanya adalah blog rojak (Blog campur-campur). Macam-macam saya tulis. Tapi kini, blog saya itu telah menjadi blog kesihatan. Nama blog saya ini tidak ada kena mengena dengan blog kesihatan. Tapi ianya masih mampu memperolehi pengunjung dari Enjin Carian Google.

Di bulan puasa ini, senak perut adalah kata kunci yang sering membawa pengunjung ke blog saya. hari ini saja, setakat jam 12.00 tengah hari, ada 10 carian tentang senak perut dari Enjin Carian Google yang memasuki blog saya.

Sunday, August 22, 2010

Maju Bersama Usahawan Berjaya

Buku Maju Bersama Usahawan Berjaya merupakan salah satu koleksi buku yang saya ada. Buku ini diterbitkan oleh VanakkamMalaysia Dotcom Sdn Bhd. Buku ini bagus untuk memotivasikan diri kita untuk berjaya.

Buku ini mengandungi kisah 40 usahawan berjaya di seluruh dunia. Antaranya Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Colonel Harland Sanders, Bill Gates, Lim Goh Tong dan ramai lagi.

Saturday, August 21, 2010

Buat Duit Dengan Youtube

Kali ini saya ingin bercerita tentang sebuah buku yang saya beli dan jadikan koleksi. Buku tersebut ialah Buat Duit Dengan Youtube. Buku ini sebenarnya, ialah sebuah buku yang menjadi panduan kepada pengusaha bisnes menarik pelanggan melalui video yang di upload oleh mereka di Youtube. Walaubagaimana, saya telah menggunakan teknik yang di ajar untuk menarik traffik ke blog saya.Buku ini ditulis oleh Zamri Mohamad. Harganya tidak lebih dari RM20.



Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan:
1) Persediaan untuk merancang dan merakam video.
2) Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi
3) Kaedah penyuntingan video jualan
4) Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube
5) Strategi meningkatkan penonton video jualan

Monday, August 16, 2010

Blogger Yang Terdesak

Hari ini saya hampir-hampir terlupa, nasib baik saya lawat blog Bro Izad, kalau tidak pasti saya lupa tulis artikel tentang blogger yang terdesak. saya bukannya apa, nak tulis artikel nih pun sebab nak luahkan perasaan yang tak tentu arah nih. Sepatutnya artikel nih, esok baru post, saja saya nak post malam nih juga. Takut terlupa, faham-faham sajalah, blogger part time, tak semua perkara diingat. Biasalah Student. Sebelum saya sambung cerita, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung muslim. Bestnya bulan puasa nih ialah, banyak makanan yang jarang kita jumpa di bulan lain. Walau saya bukan muslim, tapi kadang-kadang terikut juga puasa, ikut kawan.

Ya, banyak perkara yang mendesak. Memang impian saya nak jadi Full Time Blogger. Saya sedar nak jadi blogger kena kerja keras. Sakit kepala memang perkara biasa, memikirkan apa yang harus ditulis. Kawan kata, perniagaan internet lebih senang dari blogging, blogging memeningkan kepala katanya. Bila tulis artikel jeh, mesti muka ketat.

Walaubagaimanapun, setakat ini hanya 2 perkara yang mendesak saya sebagai part time blogger. Pertama nak meningkatkan pendapatan dalam dunia blogging, macam biasa Nuffnang telah memberikan pulangan, tapi masih sedikit saya rasakan, kadang-kadang rasa macam nak klik sendiri iklan Nuffnang tu, sebab saya tahu iklan Nuffnang kerap keluar pada jam 12.00-1.00 siang malam, tapi tak baik menipu. Harap Youthsays pun susah sikit, biasalah iklan yang diberi kena kongsi-kongsi. mahu tidak mahu, terdesak cari peluang lain. Ada apa-apa cadangan?

Perkara kedua yang mendesak saya ialah nak tarik traffik ke blog. Saya ada 8 blog termasuk 2 blog baru, yang saya bina dengan Blogger.Com, namun cuma 4 blog yang boleh ditemui melalui enjin carian. Saya juga mempunyai 2 blog baru yang berpotensi jika kena tekniknya, kerana kedua-dua blog ini telah saya kaji kata kuncinya, kata pak cik google kedua-dua mempunyai carian yang tinggi setiap bulan. Page dalam Enjin carian pun saya rasa boleh kejar. Cuma kena kerja keraslah. Pening juga nak tarik traffik nih. Nampak macam senang, tapi pukulannya, silap sikit berhenti blogging. Apa-apa pun, saya berharap mampu terus bertahan dalam dunia blogging.

Saturday, August 14, 2010

Digi Internet Hanya RM38 Sebulan

Hari ini saya nak cerita sikit tentang Digi Broadband yang baru saya beli kemarin. Pada mulanya saya ingin membeli Celcom Broadband, tetapi setelah memerhati prestasi Celcom Broadband sepupu saya yang teruk, maka saya tanpa fikir panjang terus sambar Digi Broadband dengan Kos RM130 tunai. Duit yang saya guna untuk beli Digi Broadband adalah Hasil Pendapatan saya dari Nuffnang.

Sebagai part time blogger yang menggunakan Blog free sebagai medium untuk berblogging, saya rasa Digi Broadband yang saya beli adalah berbaloi, dengan kos RM38 sebulan, kuotanya 3GB, Kelajuan 700kbps (m/t), 200kbps (m/n). Bolehlah bah kan. Cuma yang tak best, 7 ptg - 7 pg kelajuannya cuma 128kbps. Tapi kalau setakat nak blogging guna blog free, taklah teruk sangat. Namun jika ada yang berblogging dengan blog dot com, mungkin payah sikitlah.

Monday, August 9, 2010

Pendapatan Pertama Dari Nuffnang

Hari ini saya mendapat cek pertama dari Nuffnang. Saya cukup terujah, kerana ini bukan setakat pendapatan pertama saya dari Nuffnang, tapi juga pendapatan pertama saya dari internet. Walaupun tak banyak, tapi duit juga bah. Besok saya nak bank in cek Nuffnang nih kat bank. kalau kamu tidak percaya nih buktinya, saya scan cek tersebut dan upload kat blog saya nih.

Sunday, August 8, 2010

Buat Duit Dengan Affiliate


Hari ini saya ingin bercerita tentang buku yang saya pernah beli. Buku ini bertajuk Buat Duit Dengan Affiliate, ditulis oleh Azahar Abdul Rahman, terbitan PTS. Saya rasa pembaca tahu apa itu Affiliate, Program Affiliate adalah program di mana kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet.

Antara perkara yang disentuh dalam buku ini ialah:
Cara mencari dan memilih program affiliate.
Cara menjadi Super Affiliate
18 strategi promosi terbaik
20 kesilapan yang perlu dijauhi
Teknik menghasilkan wang sehingga USD4,700 sebulan.

Thursday, August 5, 2010

57 Tips Pengurusan Kewangan

Ramai di luar sana bercita-cita untuk mengumpul kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu risaukan bebanan hutang disamping aset yang sentiasa berkerja untuk anda dengan memberikan pulangan 4-5 angka sebulan!

Mustahil? Sukar nak buat? Teruskan membaca. Bagaimana Menjadikan Aset Bekerja Untuk Anda?

Mudah! Jika anda mempunyai simpanan RM200,000 di dalam ASB dengan kadar pulangan 12% setahun, anda akan memperolehi dividen dan bonus sebanyak RM24,000 setahun atau RM2,000 sebulan! (sama banyak dengan gaji seorang kerani).

atau... jika anda mempunyai 10 buah rumah kos pangsapuri dengan kadar sewa ialah RM500 sebulan, anda sudah mendapat 'side income' sebanyak RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun! - Kalah gaji pegawai Gred 41!

Kedua-dua diatas merupakan 'teknik mudah' yang biasa dilakukan oleh jutawan sebenar iaitu membiarkan aset bekerja untuk mereka dan memberikan pulangan setiap bulan, setiap tahun TANPA HENTI sampai bila-bila...! Best kan?

Baik! Rakan saya telah sediakan 57 tips pengurusan kewangan yang lengkap meliputi seluruh aspek pengurusan kewangan.
DAPATKAN PERCUMA DI SINI SEKARANG - KLIK

Wednesday, August 4, 2010

Kesilapan Penjual Ebook

Tahun lepas, saya ada membeli sebuah ebook. Ebook tersebut ditulis oleh Bro SmartZul, ebook tersebut berkaitan Panduan Membina Blog Wordpress. Seperti yang kita tahu, ada beberapa penjual ebook yang mempunyai hak jualan semula.

Dipendekkan cerita. Saya telah mengetahui dua individu yang menjual Ebook ini, iaitu Bro SmartZul dan Seorang yang mempunyai Hak Jualan Semula. Bro SmartZul jual dengan harga RM50, Yang seorang lagi jualan dengan harga RM47. Tetapi saya membeli dari Bro SmartZul.

Kenapa saya beli dari Bro SmartZul yang menjual dengan harga RM50? Kenapa saya tidak beli dengan Bro yang seorang lagi, sedangkan harganya RM47 sahaja, jimat RM3.

Ok, ini jawapan saya. Dulu saya tidak tahu mengunakan Online Bank seperti Maybank2u, CIMB Click dan yang seangkatan dengannya. Pada masa itu juga saya berkerja sebagai Promoter di sebuah Superstore, jual pakaian perempuan, serius.

Jadi macam mana saya nak bayar ebook tersebut? nak bayar online, saya tidak tahu. Nak pergi bank tiada masa. Nak transfer guna ATM pun saya tidak tahu. Yang saya tahu ialah Bank In menggunakan mesin ATM. Jadi faham-faham sajalah,mana boleh Bank In RM47 di mesin ATM. Jadi, saya belilah ebook yang dijual Bro SmartZul dengan harga RM50.

Inilah yang saya namakan kesilapan penjual ebook. Jadi, lain kali janganlah jual ebook dengan harga yang pelik. Sebab tidak semua masyarakat di Malaysia ini tahu guna Bank Online, ada masa pergi bank, atau tahu transfer duit guna ATM. Jadi juallah dengan harga dalam gandaan rm10, supaya pembeli mempunyai pilihan pembayaran yang dirasakan mudah. Boleh bahkan.

Tuesday, August 3, 2010

Rahsia Buat Duit Dengan Internet

Hari ini saya nak berkongsi sebuah buku yang saya beli pada tahun 2008. Buku tersebut ialah,Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Buku ini di tulis oleh Wan Mohd Syazwan dan Sabri Hassa Assa’ari, kedua-duanya bekas pelajar Universiti Teknologi Petronas. Mereka ini menubuhkan team Saifulsham.

Di dalam buku ini, mereka akan bercerita tentang:-
10 Langkah mudah memulakan bisnes internet.
6 Tutorial Video yang komprehensif dan mudah diikuti.
Worksheet sebagai seorang saudagar dot com dot my.
Rahsia-rahsia dalaman industri internet yang belum pernah didedahkan.
2 pelan bisnes yang siap dianalisis dan boleh dimulakan terus.
Cara mudah membina website dari kosong (video disertakan).
Cara mudah menerima bayaran di internet (video disertakan).
Cara mudah memasarkan perkhidmatan dan produk anda (video disertakan).
Tip-tip yang akan menyelamatkan sekurang-kurangnya RM1000 wang anda.
Model-model bisnes yang laris di internet pada masa kini dan bakal laris di masa hadapan.
Kepuasaan dan jaminan ilmu pengetahuan yang praktikal.

Monday, August 2, 2010

Blogger Yang Tersepit

Penatnya, saya baru balik dari jalan jalan kat Bandar Kota Kinabalu. Sampai rumah baru saya teringat, saya belum tulis artikel kat blog. Apalah lagi, terus on laptop.

Ya, saya seorang blogger yang tersepit. Walaupun bukan seorang full time blogger, tapi blogger juga namanya. Saya nih kira part time blogger, part time blogger yang berjuang dengan blog berbahasa melayu. Ambik kau, macam manalah boleh buat duit dengan blog berbahasa melayu. Blogger lain berjuang dengan blog BI, saya jah yang terus berjuang dengan blog BM. Blog free pula tu.

Apa boleh buat, saya lebih suka berjuang dengan blog BM. BI saya nih boleh dikategorikan hancur, SPM dapat 8 jah, time exam Subjek BI, saya tak buat karangannya, sebab saya memang tak tahu buat karangan BI. Sekarang nih, ada juga cuba-cuba tulis artikel BI, guna Google translate atau CitCat, bila bagi kawan check, diorang gelak, mereka kata artikel saya darjah 3 punya karangan.

Walaupun sibuk dengan study, saya tetap update blog. Kalau dah blog BM, apa lagi, nuffnang lah jawabnya. Saya baru saja nak serius buat duit dengan blog. Tapi sayang, rakan-rakan tak pernah faham. Bila saya cakap nak buat duit dengan blog, mereka senyum sinis. Rasa macam nak berhenti jah tulis blog.

Nih yang buat saya tersepit. “Apa senyum-senyum, suka hati sayalah” itu yang saya kata. Macam kasar pula bahasa saya tu. Setakat nih saya dah cuba keluarkan duit dari nuffnang. Tapi, nuffnang belum bayar lagi. Tunggu jeh lah. Selain nuffnang, Youthsays pun saya belasah, walaupun iklan yang ada terpaksa dikongsi-kongsi, tapi bolehlah, daripada langsung tiada, lebih baik ada. Youthsays nih, lebih sesuai dengan facebook, itu yang saya dapat rasakan, walaupun ianya juga boleh diletak di blog.

Blogging nih, kalau kita buat betul-betul, boleh buat duit, itu yang saya rasa. Cuma saya masih lagi mencuba, membuktikan blog BM boleh pergi jauh. Saya sedar, masih ramai rakyat Malaysia yang mencari maklumat di internet, maklumat dalam bahasa melayu. Saya berharap, saya boleh pergi jauh.

Sunday, August 1, 2010

Bilalah Nuffnang Nak Bayar?


Diatas nih, duit yang saya dapat dari nuffnang. Tapi bayaran belum diproses, awal lagi bah, tunggu sajalah.