Tuesday, October 19, 2010

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Detox Foot Pad, macam pernah saya dengar benda nih. Saya pun melakukan sedikit kajian tentang Detox Foot Pad.

Dengar-dengar Detox Foot Pad membuang toksin badan semasa tidur, maksudnya pakai time tidur, betulkah? Detox Foot Pad nih herba semulajadi yang diadun rapi berdasarkan ramuan rawatan tradisi Cina. Penggunaan bahan herba seperti Bamboo Vinegar, Tourmaline, Silicon, Ethylene Glycol, Chitosan & Vitamin C mampu menyedut toksin yang berkumpul di dalam badan anda.

Teringin pula nak test benda nih. Harap-harap bro Hazman beri saya satu... hehehe...
Info lanjut: hazmanfadzil.com

Monday, October 18, 2010

Saya Jatuh Cinta & Perempuanku

Hmm, entahlah kenapa tiba-tiba saya teringin berkongsi cerita tentang hati dan perasaan. Sedangkan saya seorang suka memendam rasa. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, adakan ini petanda seseorang sedang dilamun cinta. Nampak macam ianya satu gurauan, tapi itulah yang saya rasa. Mandi basah tapi rasa macam tak mandi. Makanan cukup tapi tak rasa macam kenyang. Tidur pun tak menentu.

Ya, saya jatuh cinta dengan gadis sekampung saya. Sebenarnya perasaan ini saya pendam sejak saya menuntut di tingkatan 6. Masa tu dia tingkatan 1. Saya pendam sehingga baru-baru ini saya bertemu dengan dia di FB. Walaupun kami sekampung tapi jarang jumpa, itulah hakikat.

Sekarang nih dia menuntut di sebuah IPTS dalam bidang kejururawatan di semenanjung. Orangnya cute, hmm... lasak tapi manja... saya sudah pun meluahkan perasaan saya, tapi sayang dia sebenarnya mempunyai kekasih. Saya beritahu dia, yang penting saya telah meluahkan perasaan saya, cukuplah. Saya tak nak jadi perampas, jika jodoh tak kan kemana. Saya cuba hidup seperti biasa, walau hakikatnya hati ini berdenyut semacam.

Thursday, October 14, 2010

Berapakah Harga Duit Syiling 50 Sen Tahun 1967?

Cerita saya kali ini agak lain sikit. Biasalah blogger, ada ada saja yang ingin dikongsikan.Hari ini saya nak cerita tentang duit syiling 50 sen tahun 1967. Seorang rakan memberitahu saya, duit syiling tu boleh dijual dengan harga RM500. Betulkah?

Dipendekkan cerita saya ada duit syiling tersebut. Saya perolehinya dari konduktor bas semasa membayar tambang. Saya pun buat carian di google tentang duit syiling nih. Tapi sayang, duit syiling ini tak lah semahal yang disangkahkan, kerana ianya jenis yang berparit di tengah-tengah. Tapi saya tetap simpan duit syiling nih. Kerana 10 tahun dari sekarang, ianya mungkin sukar dicari. Hmm, simpan sajalah kan.

P/S - sorrylah gambar duit syiling tu tak jelas. Biasalah, handphone murah yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut.

Monday, October 11, 2010

Sakit Dan Sembuh

ya, minggu lepas saya mengalami masalah kesihatan yang membuatkan mood blogging down. Batuk batuk, selesema yang menyebabkan hidung tersumbat, akhirnya ok juga bila dah makan ubat dan mengamalkan salah satu dari 7 makanan cegah batuk dan selesema.

Emm, Pada 10/10/10, Bro Bearnerd Bondly telah mengadakan Bengkel Minisite - Belajar Bina Minisite Sendiri Semudah A-B-C, di Kota Kinabalu. Emm, kecewa saya, tak dapat join seminar ini, bajet tak cukup. Tapi yang bestnya beliau akan mengadakan sekali lagi seminar pada bulan 11 atau 12. Kali ini saya tak mahu ketinggalan.

Emm, seperti yang saya umumkan pada awal bulan, saya ada menganjurkan pertandingan komen dan menang di blog mediakini. Tapi sayang seribu kali sayang, setakat hari ini, cuma ada satu penyertaan sahaja, dan yang lebih memeranjatkan, peserta tersebut adalah blogger yang berumur 12 tahun. emm, saya tahu Rm10 tu sikit, tapi ianya mungkin menjadi pendapatan pertama anda, jika anda tak pernah menjana pendapatan dari internet. Mana tahu, untung sabut timbul.

Saya berharap mood blogging saya akan stabil. Entahlah, hati saya nih macam jatuh cinta jah dengan seseorang. hmm... hehe.. walaubagaimanapun, blogging is first.

Sunday, October 3, 2010

Komen Dan Menang - RM10


Blog Mediakini menganjurkan Pertandingan komen dan menang. Syarat-syarat pertandingan:-
1) Jadi Follower saya di Twitter: http://twitter.com/ronaldmohoni (Jika anda belum mempunyai akaun Twitter, sila buka akaun Twitter)
2) Hantar email pemberitahuan kepada saya di nald84@gmail.com. Tajuk email: Pertandingan Komen dan Menang. Sertakan nama akaun Twitter anda untuk semakan. Nyatakan nama yang anda guna untuk mengomen artikel di Mediakini.
3) Anda boleh komen sebanyak mana yang anda mahu. 1 komen mewakili 1 cabutan bertuah. Walaubagaimanapun, setiap pemenang hanya layak memenangi 1 hadiah.
4) Tempoh pertandingan ialah sepanjang bulan oktober.

Hadiah
3 pengomen bertuah akan memenangi Rm10 setiap seorang.

Ingat, bukan di blog ini tetapi di blog Mediakini