Saturday, September 11, 2010

Diary Raya Kedua

Bila sebut Raya, semua mesti bertanya,"Ko pih Raya Mana?" Cerita bab pergi jalan berasa ini masih terlalu awal untuk diceritakan, yelah, rayakan sebulan. Namun, setakat Raya kedua ini, saya baru saja balik beraya kat Stadium Likas, rumah terbuka Menteri Kabinet Sabah. Sorry lah, lupa ambil gambar, banyak makanan sedap.

Hari Raya ini, hampir semua orang sibuk beraya. Traffik blog pun sepi. Nak cari 50 pengunjung pun susah. Tapi saya percaya, seminggu lagi Traffik blog akan mulai sesak.

Baru-baru ini juga saya telah membeli 30 Ebook PLR, MRR, dan RR. Penjualan 30 Ebook tersebut di beri nama Pakej Aidilfitri, pakejnya berharga RM30. Ada sebab kenapa saya sanggup beli ebook ini, jika anda benar-benar ingin serius dalam dunia blogging dan perniagaan internet, anda harus sanggup mengeluarkan wang untuk ilmu.

No comments: