Showing posts with label Handphone. Show all posts
Showing posts with label Handphone. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Handphone Nokia Meletup Semasa Panggilan: Penguna Terbunuh

Kebelakangan ini, kes peletupan handphone kerap berlaku, tetapi kebanyakkannya berlaku semasa pengecasan atau sewaktu diletakkan ke dalam poket. Kali ini seorang petani India terbunuh akibat peletupan handphone semasa panggilan dibuat.

Mangsa tersebut berusia 23 tahun, telinga kanan, leher dan bahu mengalami cedera parah, kepingan-kepingan Nokia 1209 dan satu bateri terbakar didapti tersebar di sekeliling mayat. Pihak polis telah mengesahkan bahawa handphone model Nokia 1209 adalah factor kemalangan tersebut. Model tersebut adalah entri Nokia yang dipasarkan sejak musim ketiga 2008. Penjualannya di kawasan Asia adalah hebat.

Monday, September 6, 2010

Sony Akan Melancarkan Smartphone Gaming Android 3.0

Terdapat berita bahawa sony akan melancarkan Smartphone Android 3.0 yang berdasarkan Playstation. Model baru ini mengfiturkan permainan, terdapat gelongsor butang yang menyokong pengawalan dalam permainan. Ia akan menjadi Playstation mudah alih apabila gelongsor dibuka, dan menjadi handphone Android apabila gelongsor ditutup.

Model ini dikatakan mempunyai skrin WVGA 3.7-4.1 inci, kamera 5.0MP, CPU Snapdragon 1GHz, menyokong permainan PSX dan PSP, dan juga menyokong permainan 3D. Sony akan mengumumkan produk ini pada bulan Oktober tahun ini, adakah ini benar.