Showing posts with label Duit Online. Show all posts
Showing posts with label Duit Online. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Tambah 100 Followers Twitter Setiap Hari

Semenjak kemunculan buat duit dengan twitter nih, masing-masing nak tambah follower seramai mungkin. Tapi awas, silap langkah pihak twitter akan menggelar anda spammer. Tapi ada tekniknya untuk mendapat 100 followers setiap hari. Buktinya:
1)Rabu

2)Khamis

Ini baru guna satu teknik. Hehehe, semua ini dipelajari dari Ebook Duittwitter. Berbaloi-baloi...

Wednesday, November 3, 2010

ChurpChurp: RM 81.5 before you get paid!

Di sabah pada waktu ini cuacanya panas, tapi rasanya petang akan hujan... huhuhu... sekali sekala merapu apa salahnya... Ok,hari ini teringin pula nak berkongsi pendapatan ChurpChurp.

Tak banyak, tapi rasanya akan bertambah banyak.. hehehehe... Susah ke nak buat duit dengan churpchurp nih? Jawapannya, Senang. Mungkin ada yang rasa pelik, cam mana churpchurp menentukan harga iklan yang mereka letak kat twitter kita? mengikut bilangan followers. Satu followers dibayar RM0.005. Jika ada 100 followers maka churpchurp bayar RM0.50. Maksudnya, semakin banyak followers, semakin banyaklah anda dapat.

Mungkin ada yang akan bertanya,"Ronald, ko pula cam mana?" Ok, Setakat hari ini, followers ialah 800 orang, sikit jeh kan. Bermakna kalau tiba-tiba dapat job dari churpchurp, adalah dalam RM4.00.. hehehe...
"Ronald, boleh beri tips?" boleh, semua tips ada dalam Duittwitter Wanmus. Serius, semua ada kat sana.

Monday, November 1, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

Jika tak pernah menjana pendapatan di internet, apa kata join ChurpChurp. ChurChurp adalah adik kepada Nuffnang. U Know, I Love ChurpChurp. ChurpChurp, seperti bunyi anak burung, kan...

Churpchurp nih memang best. Rugi jika tak join. Churpchurp menggunakan Facebook dan Twitter sebagai medium pengiklanan. Jika anda seorang yang tidak suka berblogging, dan merupakan Pengguna Facebook dan Twitter tegar, sahlah Churpchurp yang sesuai. Joinlah ChurpChurp.

Hmm,jika churpchurp nak buat aktiviti, apa kata sekali sekala datang Sabah, tak kisahlah apa aktivitinya. Huhuhu, Mesti best dan gempak.

Sunday, October 3, 2010

Komen Dan Menang - RM10


Blog Mediakini menganjurkan Pertandingan komen dan menang. Syarat-syarat pertandingan:-
1) Jadi Follower saya di Twitter: http://twitter.com/ronaldmohoni (Jika anda belum mempunyai akaun Twitter, sila buka akaun Twitter)
2) Hantar email pemberitahuan kepada saya di nald84@gmail.com. Tajuk email: Pertandingan Komen dan Menang. Sertakan nama akaun Twitter anda untuk semakan. Nyatakan nama yang anda guna untuk mengomen artikel di Mediakini.
3) Anda boleh komen sebanyak mana yang anda mahu. 1 komen mewakili 1 cabutan bertuah. Walaubagaimanapun, setiap pemenang hanya layak memenangi 1 hadiah.
4) Tempoh pertandingan ialah sepanjang bulan oktober.

Hadiah
3 pengomen bertuah akan memenangi Rm10 setiap seorang.

Ingat, bukan di blog ini tetapi di blog Mediakini

Monday, September 20, 2010

Buat Duit Dengan Ads4Live

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya nak cerita sikit tentang Ads4Live, salah satu program PTC milik rakyat malaysia. Saya tahu, masih ramai yang kurang yakin dengan program sebegini. Namun tidak rugi jika kita mencubanya.

Berikut sebab saya join Program ini:-
1) Dikendalikan oleh Classic Tech Global (M) Sdn Bhd - 824312-X-2010. Sebuah Syarikat yang berdaftar.

2) Mempunyai pengiklan yang ramai. Pengiklan terdiri daripada usahawan internet dan syarikat.

3) Mempunyai sistem pendapatan yang tersusun dan mudah difahami. Pendapatan sehingga 4 level.


Rasanya cukuplah tiga sebab saya join program ini. Jika ada masa, saya akan cerita lagi, bagaimana menjana pendapatan yang lebih dari program ini. Apa-apa pun, jika anda ingin menyertai program ini, sila click Ads4Live. Apa pendapat anda mengenai program ini?

Sunday, September 19, 2010

Gadis Facebook dan Buat Duit Dengan PTC

Sorry lah, lupa nak update blog. iss, nih lah kes layan gadis kat FB, asik chat saja. saya berharap saya tidak akan menjadi ulat FB.

emm, sebenarnya hujung minggu nih saya boring sangat. Tidak tahulah kenapa. Mode blogging pun slow sangat. nak kata sakit tak juga. Macam ada taman dalam hati. Apa-apa pun ada beberapa perkara yang saya nak cerita:

Pertama sekali, saya nak cerita tentang program PTC yang saya kongsi hari tu,Malaysian PayPerClick. Sebenarnya saya agak hairan jugalah, kenapa susah sangat diorang nak bagi iklan untuk di click. Cuba bayangkan, 2 hari 1 click, dahlah 1 click rm0.01 saja. Seorang sahabat mencadangkan saya upgrade, tapi saya belum bersedia kearah itu, saya masih menyiasat program ini, pengiklan pun macam tak ramai, saya cuba untuk cari kelebihan program ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada 3 individu yang telah mendaftar dibawah saya. Saya sedang berfikir hadiah apa yang saya nak beri kepada 3 individu tersebut, mungkin ebook.

Hari ini juga saya telah join satu program PTC, juga dari malaysia iaitu Ads4live. Esok saya akan huraikan sebab saya join program ini, saya bukanlah seorang yang mudah sangat join program sebegini. Nak lihat, click Ads4live

Thursday, September 16, 2010

Buat Duit Dengan ChurpChurp

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi program pengiklanan yang boleh menghasilkan wang iaitu ChurpChurp. Seumur hidup saya, ini program yang paling senang, lebih senang dari Youthsays. Yang penting anda mesti ada twitter. Nih, saya nak tunjuk Earning pertama saya, dari iklan pertama yang saya dapat.

Memang tak banyak sebab follower saya kat twitter tak banyak. Semakin banyak follower anda,semakin banyak pendapatan anda. Jika anda teringin belajar menjana pendapat melalui ChurpChurp + Twitter, maka saya syorkan anda miliki Ebook percuma Duittwitter yang ditulis oleh Bro Wanmus. Oh Ya, satu lagi, jangan lupa jadi follower saya kat twitter, Twitter.com/Ronaldmohoni, nanti saya akan follow kamu juga.

Tuesday, September 14, 2010

Kajian Kes: Buat Duit Dengan Malaysian PayPerClick

Sebenarnya saya tak minat sangat Program PTC nih, sebab ada kenangan pahit. Tapi sejak kemunculan beberapa program PTC milik rakyat malaysia nih, saya teringin nak join dan siasat mereka nih, betul ke boleh buat duit.

Antara Program PTC malaysia yang saya join ialah, Malaysian PayPerClick. Kenapa Saya Join Program nih? Sebabnya:

1) Program ini membayar click pada harga yang logik, Satu click dibayar dari Rm0.01 hingga Rm0.10. Pengiklan pasti mampu membayarnya.

2) Pengiklan terdiri daripada syarikat besar, namun ada juga syarikat kecil. Contoh pengiklan ialah Airasia dan Maxis.

3) Withdraw terus ke akaun Bank. Nak Cek pun boleh. Bank - Rm10, Cek - Rm100.

4) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Marketing Global Net (SA0157745-T).

Rasanya, cukuplah saya nyatakan 4 perkara tu. Blogging pun kadang-kadang memeningkan kepala, sekali sekala layan PTC apa salahnya. Lagipun ianya percuma. Daftar sini jika anda ingin cuba: Malaysian PayPerClick

Wednesday, September 8, 2010

Nuffnang: Paling Tinggi Saya Dapat 1 Click Ialah RM0.75

Ada kawan tanya, "Bro, kali ini berapa nilai cek ko dapat dari nuffnang," Saya jawab, "Setakat boleh bayar bil," maksudnya cek kedua dah sampai, cuma saya tak nak tunjuk, sebab sikit sangat. Lepas nih memang tiada cek akan sampai, sebabnya saya nak kumpul.

Lepas tu kawan nih cerita lagi,"Ko tahu Bro, baru-baru nih ada seorang kawan saya dapat RM5000 dari Nuffnang," ha, saya terkejut, banyak tu kalau Rm5000. Setakat yang saya tahu, Rm1500 pernahlah saya dengar. Mungkin banyak dapat iklan CPM kot.

saya pun tanya,"1 click paling tinggi, berapa dia dapat," dia jawab,"Paling tinggi Rm1.25 untuk 1 click," biar betul. Seumur saya bersama nuffnang,paling tinggi saya dapat Rm 0.75. Saya sendiri pun kurang pasti, bagaimana nuffnang menetapkan harga.

Monday, August 9, 2010

Pendapatan Pertama Dari Nuffnang

Hari ini saya mendapat cek pertama dari Nuffnang. Saya cukup terujah, kerana ini bukan setakat pendapatan pertama saya dari Nuffnang, tapi juga pendapatan pertama saya dari internet. Walaupun tak banyak, tapi duit juga bah. Besok saya nak bank in cek Nuffnang nih kat bank. kalau kamu tidak percaya nih buktinya, saya scan cek tersebut dan upload kat blog saya nih.

Sunday, August 1, 2010

Bilalah Nuffnang Nak Bayar?


Diatas nih, duit yang saya dapat dari nuffnang. Tapi bayaran belum diproses, awal lagi bah, tunggu sajalah.