Tuesday, September 28, 2010

Terima Kasih Nuffnang


Akhirnya Nuffnang mengembalikan status Glitterati saya setelah 4 hari saya menunggu. 4 hari yang lalu Nuffnang telah menarik status Glitterati kerana saya tidak handsome,opss silap, kerana saya di dapati mempromosikan iklan milik Youthsays. Youthsays adalah haram disisi undang-undang Nuffnang. Saya sebenarnya telah meminta penjelasan dari pihak nuffnang tentang youthsays, dan Nuffnang telah memberi penjelasan melalui email.

Apa-apa pun, terima kasih nuffnang kerana mengembalikan status Glitterati saya

Saturday, September 25, 2010

Nuffnang: Status Saya Bukan Glitterati?

Sebenarnya, mood blogging saya agak kurang. Ini disebabkan status Glitterati saya ditarik oleh Nuffnang. Sekarang nih saya cuma ahli biasa saja. Saya menyedari perkara ini pada 24hb sewaktu log in ke akaun Nuffnang.

Apabila saya menyedari perkara ini, saya pun menghantar email kepada pihak nuffnang, memaklumkan perkara ini dan memohon kembali status Glitterati. Mereka membalas email saya dengan pantas. Berikut email dari pihak nuffnang:

Apabila mendapat email ini, saya pun menggugurkan beberapa blog dari akaun Nuffnang, 8 menjadi 3 (sepatutnya gugur 2 jah sebab 2 blog tdk aktif). Saya juga membuang 2 artikel yang saya tulis khas untuk iklan youthsays (Adakah link iklan youthsays mempengaruhi status saya?). Nuffnang kata 4 hari untuk memberi kembali Status Glitterati, jadi saya akan tunggu dan lihat apa tindakkan dari Nuffnang.

Monday, September 20, 2010

Buat Duit Dengan Ads4Live

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya nak cerita sikit tentang Ads4Live, salah satu program PTC milik rakyat malaysia. Saya tahu, masih ramai yang kurang yakin dengan program sebegini. Namun tidak rugi jika kita mencubanya.

Berikut sebab saya join Program ini:-
1) Dikendalikan oleh Classic Tech Global (M) Sdn Bhd - 824312-X-2010. Sebuah Syarikat yang berdaftar.

2) Mempunyai pengiklan yang ramai. Pengiklan terdiri daripada usahawan internet dan syarikat.

3) Mempunyai sistem pendapatan yang tersusun dan mudah difahami. Pendapatan sehingga 4 level.


Rasanya cukuplah tiga sebab saya join program ini. Jika ada masa, saya akan cerita lagi, bagaimana menjana pendapatan yang lebih dari program ini. Apa-apa pun, jika anda ingin menyertai program ini, sila click Ads4Live. Apa pendapat anda mengenai program ini?

Duit Raya Dari Seorang Blogger


Tengahari tadi saya telah memeriksa peti pos rumah. Di dalamnya ada sepucuk surat ekspres untuk saya. Apabila saya memeriksa pengirimnya, rupanya daripada hazmanfadzil.com. Hehe.. harap-harap duit raya.

Saya pun membuka sampul surat tersebut. Saya mendapati ada sampul duit raya di dalamnya. Sah, ini adalah duit raya yang saya menangi kerana menjadi pengomen top 5 hari raya pertama. Jumlahnya tak penting, yang penting dapat duit raya bah. Apa apa pun, thanks Bro Hazman kerana menganjurkan pertandingan sebegini. Lain kali, anjurkan lagi.

Sunday, September 19, 2010

Gadis Facebook dan Buat Duit Dengan PTC

Sorry lah, lupa nak update blog. iss, nih lah kes layan gadis kat FB, asik chat saja. saya berharap saya tidak akan menjadi ulat FB.

emm, sebenarnya hujung minggu nih saya boring sangat. Tidak tahulah kenapa. Mode blogging pun slow sangat. nak kata sakit tak juga. Macam ada taman dalam hati. Apa-apa pun ada beberapa perkara yang saya nak cerita:

Pertama sekali, saya nak cerita tentang program PTC yang saya kongsi hari tu,Malaysian PayPerClick. Sebenarnya saya agak hairan jugalah, kenapa susah sangat diorang nak bagi iklan untuk di click. Cuba bayangkan, 2 hari 1 click, dahlah 1 click rm0.01 saja. Seorang sahabat mencadangkan saya upgrade, tapi saya belum bersedia kearah itu, saya masih menyiasat program ini, pengiklan pun macam tak ramai, saya cuba untuk cari kelebihan program ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada 3 individu yang telah mendaftar dibawah saya. Saya sedang berfikir hadiah apa yang saya nak beri kepada 3 individu tersebut, mungkin ebook.

Hari ini juga saya telah join satu program PTC, juga dari malaysia iaitu Ads4live. Esok saya akan huraikan sebab saya join program ini, saya bukanlah seorang yang mudah sangat join program sebegini. Nak lihat, click Ads4live

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Sebenarnya saya cukup terujah apabila bercerita tentang 16 September. Semuanya tahu, ianya tarikh pembentukan Malaysia. Tapi tahukah anda, tarikh 16 September jugalah tarikh kemerdekaan sebenar Sabah dan Sarawak? itu adalah kenyataan yang sebenarnya. Sabah dan Sarawak merdeka apabila bergabung dalam membentuk Negara Malaysia. Buku sejarah ada menulis tentang perkara ini. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buat Duit Dengan ChurpChurp

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi program pengiklanan yang boleh menghasilkan wang iaitu ChurpChurp. Seumur hidup saya, ini program yang paling senang, lebih senang dari Youthsays. Yang penting anda mesti ada twitter. Nih, saya nak tunjuk Earning pertama saya, dari iklan pertama yang saya dapat.

Memang tak banyak sebab follower saya kat twitter tak banyak. Semakin banyak follower anda,semakin banyak pendapatan anda. Jika anda teringin belajar menjana pendapat melalui ChurpChurp + Twitter, maka saya syorkan anda miliki Ebook percuma Duittwitter yang ditulis oleh Bro Wanmus. Oh Ya, satu lagi, jangan lupa jadi follower saya kat twitter, Twitter.com/Ronaldmohoni, nanti saya akan follow kamu juga.

Tuesday, September 14, 2010

Kajian Kes: Buat Duit Dengan Malaysian PayPerClick

Sebenarnya saya tak minat sangat Program PTC nih, sebab ada kenangan pahit. Tapi sejak kemunculan beberapa program PTC milik rakyat malaysia nih, saya teringin nak join dan siasat mereka nih, betul ke boleh buat duit.

Antara Program PTC malaysia yang saya join ialah, Malaysian PayPerClick. Kenapa Saya Join Program nih? Sebabnya:

1) Program ini membayar click pada harga yang logik, Satu click dibayar dari Rm0.01 hingga Rm0.10. Pengiklan pasti mampu membayarnya.

2) Pengiklan terdiri daripada syarikat besar, namun ada juga syarikat kecil. Contoh pengiklan ialah Airasia dan Maxis.

3) Withdraw terus ke akaun Bank. Nak Cek pun boleh. Bank - Rm10, Cek - Rm100.

4) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Marketing Global Net (SA0157745-T).

Rasanya, cukuplah saya nyatakan 4 perkara tu. Blogging pun kadang-kadang memeningkan kepala, sekali sekala layan PTC apa salahnya. Lagipun ianya percuma. Daftar sini jika anda ingin cuba: Malaysian PayPerClick

Monday, September 13, 2010

Nuffnang: Harga Bintang dan Featured Post

Hehe.. Saya bukan nak jual bintang, saya cuma nak kongsi kenaikan bintang salah satu blog saya iaitu Mediakini. Terima kasihlah nuffnang kerana naikkan bintang saya, Tak lupa juga pengunjung blog tersebut, Thanks U all.

Tapi saya pun tak faham, macam mana nuffnang naikkan bintang. Berikut kata-kata nuffnang:-
Ikon bintang mewakili Pemarkahan Klik blog tersebut. Ia diukur berdasarkan CTR ( click through ratio ) kempen berbayar (bukan iklan global) yang sebelumnya. Ia bertujuan untuk memberikan maklum balas kepada anda mengenai prestasi iklan berbayar anda berkaitan klik yang diterima.
Tapi saya tetap tak faham. Kamu faham tak?

Hari ini juga saya nak kongsi, kali pertama saya dapat nombor satu Featured Post. Terima kasih lah kepada yang nang saya tu, walaupun saya kurang handsome(Tapi hati baik) namun ada juga yang nak bagi nang. Semoga kamu akan dapat duit banyak dari nuffnang.

Saturday, September 11, 2010

Diary Raya Kedua

Bila sebut Raya, semua mesti bertanya,"Ko pih Raya Mana?" Cerita bab pergi jalan berasa ini masih terlalu awal untuk diceritakan, yelah, rayakan sebulan. Namun, setakat Raya kedua ini, saya baru saja balik beraya kat Stadium Likas, rumah terbuka Menteri Kabinet Sabah. Sorry lah, lupa ambil gambar, banyak makanan sedap.

Hari Raya ini, hampir semua orang sibuk beraya. Traffik blog pun sepi. Nak cari 50 pengunjung pun susah. Tapi saya percaya, seminggu lagi Traffik blog akan mulai sesak.

Baru-baru ini juga saya telah membeli 30 Ebook PLR, MRR, dan RR. Penjualan 30 Ebook tersebut di beri nama Pakej Aidilfitri, pakejnya berharga RM30. Ada sebab kenapa saya sanggup beli ebook ini, jika anda benar-benar ingin serius dalam dunia blogging dan perniagaan internet, anda harus sanggup mengeluarkan wang untuk ilmu.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Esok dah Raya, mungkin sekarang ini ada yang sudah bersama keluarga di kampung. Mungkin juga ada yang baru balik hari ini. Saya berharap anda berhati-hati sewaktu balik Raya. Dengan ini, saya mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, September 8, 2010

Nuffnang: Paling Tinggi Saya Dapat 1 Click Ialah RM0.75

Ada kawan tanya, "Bro, kali ini berapa nilai cek ko dapat dari nuffnang," Saya jawab, "Setakat boleh bayar bil," maksudnya cek kedua dah sampai, cuma saya tak nak tunjuk, sebab sikit sangat. Lepas nih memang tiada cek akan sampai, sebabnya saya nak kumpul.

Lepas tu kawan nih cerita lagi,"Ko tahu Bro, baru-baru nih ada seorang kawan saya dapat RM5000 dari Nuffnang," ha, saya terkejut, banyak tu kalau Rm5000. Setakat yang saya tahu, Rm1500 pernahlah saya dengar. Mungkin banyak dapat iklan CPM kot.

saya pun tanya,"1 click paling tinggi, berapa dia dapat," dia jawab,"Paling tinggi Rm1.25 untuk 1 click," biar betul. Seumur saya bersama nuffnang,paling tinggi saya dapat Rm 0.75. Saya sendiri pun kurang pasti, bagaimana nuffnang menetapkan harga.

Tuesday, September 7, 2010

Menjejaki Jutawan Senyap

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, sebuah buku yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap. Sebuah buku yang ditulis oleh Chef Li atau nama sebenarnya Dr.Rusly Bin Abdullah. Beliau merupakan bekas Pengurus Bank dan peniaga pasar malam. Mengasaskan Institut Kulinari dan kursus motivasi dan masakan komersial untuk membentuk golongan ushawan. Beliau telah mendekati dan mengorek rahsia kehidupan golongan jutawan senyap.

Buku ini amat bagus dibaca. Penuh dengan motivasi yang membakar perasaan. Ketahui cerita jutawan senyap di dalam buku ini. Bagaimana mereka menjadi jutawan senyap dengan hanya berniaga di warung dan pasar malam. Buku ini berharga RM17 (SM) dan RM19 (S/S

Handphone Nokia Meletup Semasa Panggilan: Penguna Terbunuh

Kebelakangan ini, kes peletupan handphone kerap berlaku, tetapi kebanyakkannya berlaku semasa pengecasan atau sewaktu diletakkan ke dalam poket. Kali ini seorang petani India terbunuh akibat peletupan handphone semasa panggilan dibuat.

Mangsa tersebut berusia 23 tahun, telinga kanan, leher dan bahu mengalami cedera parah, kepingan-kepingan Nokia 1209 dan satu bateri terbakar didapti tersebar di sekeliling mayat. Pihak polis telah mengesahkan bahawa handphone model Nokia 1209 adalah factor kemalangan tersebut. Model tersebut adalah entri Nokia yang dipasarkan sejak musim ketiga 2008. Penjualannya di kawasan Asia adalah hebat.

Monday, September 6, 2010

Sony Akan Melancarkan Smartphone Gaming Android 3.0

Terdapat berita bahawa sony akan melancarkan Smartphone Android 3.0 yang berdasarkan Playstation. Model baru ini mengfiturkan permainan, terdapat gelongsor butang yang menyokong pengawalan dalam permainan. Ia akan menjadi Playstation mudah alih apabila gelongsor dibuka, dan menjadi handphone Android apabila gelongsor ditutup.

Model ini dikatakan mempunyai skrin WVGA 3.7-4.1 inci, kamera 5.0MP, CPU Snapdragon 1GHz, menyokong permainan PSX dan PSP, dan juga menyokong permainan 3D. Sony akan mengumumkan produk ini pada bulan Oktober tahun ini, adakah ini benar.

Saturday, September 4, 2010

Backlinks Percuma Untuk Followers Saya

Walaupun saya nih kurang handsome dan Pendek-pendek berisi (Bukan Gemuk Ah), namun ada juga yang sudi jadi followers saya. Jadi saya dengan berbesar hati memberikan backlinks free dari blog saya kepada mereka. Backlinks penting untuk bersaing dalam Enjin Carian Google. Semakin banyak link yang kita dapat, maka semakin tinggi peluang Alexa Rangking naik dan mungkin Page Rank (PR) pun naik.

Seperti yang anda lihat, saya cuma ada 9 Followers. Tapi untuk senarai My Followers Links, cuma ada 8 saja,Seorang lagi iaitu Zy Comey tidak dapat dikesan link, so kalau Zy Comey baca artikel ini, please give me your links.

Selain itu, sesiapa yang sudi bertukar link dengan saya, silakan. Saya sedar saya kurang handsome, tapi hati saya baik (hehehe).

Friday, September 3, 2010

Pakej Software Newbie

Hari ini saya ingin berkongsi tentang software yang berguna jika anda ingin menceburi perniagaan internet. Software tersebut ialah Pakej Software Newbie yang dibina sendiri oleh seorang Programmer tempatan berasal dari Sabah, satu negeri dengan saya bah. Beliau ialah Bearnerd Bondly, orangnya handsome.

Saya sebenarnya terkejut, macam mana saya tidak boleh sedar kehadiran Pakej software tersebut, sedangkan ianya dilancarkan pada bulan Ogos. Nasib baiklah harganya masih rendah. Setakat hari ini (03/09/2010), harganya ialah RM30, diskaun 90 peratus katanya, dan akan dinaikkan pada bila-bila masa. Beliau dalam proses mengupgrade software tersebut, jika proses upgrade sudah siapa, maka harganya pun akan naik. Jika anda sudah membeli pada harga RM30, maka secara automatik anda akan mendapat upgrade nya nanti.

So, jika anda terfikir untuk membina minisite sendiri, maka anda harus mendapatkan pakej ini. Jangan marah saya jika harganya sudah naik.Jika anda nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke laman Pakej Software Newbie

Wednesday, September 1, 2010

Menjual Perkhidmatan Di Internet

Pada hari ini, saya ingin berkongsi sebuah lagi buku yang saya miliki. Buku tersebut ialah Menjual Perkhidmatan Di Internet Terbitan Truewealth. Buku ini ditulis oleh Osman Affan. Beliau merupakan seorang Professional Trainer dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar. Belia juga merupakan seorang Certified Internet Business Trainer yang telah ditauliahkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd.

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di internet dengan hanya melalui 3 langkah mudah. Jika anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, buku ini sangat sesuai untuk anda pelajari tentang perniagaan melalui internet. Antara tips dan teknik penting yang anda akan pelajari ialah:

1) Mengapa perkhidmatan anda akan lebih maju jika anda pasarkannya di internet.
2) Bagaimana Internet boleh menghasilkan pendapatan lumayan.
3) Bagaimana untuk menggalakkan pelanggan memilih perkhidmatan anda dan bukan perkhidmatan pesaing anda.
4) 7 Tips meningkatkan keyakinan terhadap laman web anda
5) 3 Asas memilih nama domain yang baik
6) 4 Teknik mempromosikan laman web perkhidmatan anda