Wednesday, September 1, 2010

Menjual Perkhidmatan Di Internet

Pada hari ini, saya ingin berkongsi sebuah lagi buku yang saya miliki. Buku tersebut ialah Menjual Perkhidmatan Di Internet Terbitan Truewealth. Buku ini ditulis oleh Osman Affan. Beliau merupakan seorang Professional Trainer dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar. Belia juga merupakan seorang Certified Internet Business Trainer yang telah ditauliahkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd.

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di internet dengan hanya melalui 3 langkah mudah. Jika anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, buku ini sangat sesuai untuk anda pelajari tentang perniagaan melalui internet. Antara tips dan teknik penting yang anda akan pelajari ialah:

1) Mengapa perkhidmatan anda akan lebih maju jika anda pasarkannya di internet.
2) Bagaimana Internet boleh menghasilkan pendapatan lumayan.
3) Bagaimana untuk menggalakkan pelanggan memilih perkhidmatan anda dan bukan perkhidmatan pesaing anda.
4) 7 Tips meningkatkan keyakinan terhadap laman web anda
5) 3 Asas memilih nama domain yang baik
6) 4 Teknik mempromosikan laman web perkhidmatan anda

No comments: