Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Selamat Tinggal Dunia Blogging


Tajuk kali ini agak lain sikit. Hehe... mustahillah nak berhenti... perjuangan mesti diteruskan... sebenarnya, blog pribadi dah berpindah ke Ronaldmohoni.com.

Sunday, November 7, 2010

Nuffnangers In Kota Kinabalu


Kekecewaan di hati ini cukup terasa. Ya, itulah yang dirasakan, semalam bertempat jesselton Point, satu event iaitu Stompin' Sabah yang di bawah oleh Xpax. Macam manalah boleh tidak perasaan email dari nuffnang. Kecewa sangat tak dapat hadir semalam. Hmm, nasiplah saya nih pengguna tegar digi...

Saturday, November 6, 2010

Akhirnya Ronaldmohoni.com Wujud

Walaupun hujan, tapi tidak terasa sejuknya. Mungkin kerana terlalu terujah dengan kewujudan Ronaldmohoni.com. Akhirnya berjaya juga memilik blog berbayar.

Domain + Hosting, cuma berharga RM75 sahaja. Boleh dikatakan murah dan berbaloi untuk rancangan masa depan. Jika anda teringin memilik Domain + Hosting, cubalah JOMHosting.Net, syarikat penyedia hosting dan domain milik Bro Wanmus.

Friday, November 5, 2010

Selamat Menyambut Deepavali

Thursday, November 4, 2010

Blog Mediakini Jadi Laman Web Lucah?


Hari ini tiba-tiba teringin nak log in akaun nuffnang, saja nak periksa. Apabila periksa kata kunci yang membawa masuk pengunjung, terperanjatlah pula, ada seseorang yang masuk kerana mencari alat sulit wanita di Blog Mediakini, salah satu blog yang disayangi. Sejak bila pula blog tu jadi laman web lucah. Agaknya sebab ada artikel yang ditulis berkenaan kesihatan wanita. Macam-macam lah.. hehehe..

Tambah 100 Followers Twitter Setiap Hari

Semenjak kemunculan buat duit dengan twitter nih, masing-masing nak tambah follower seramai mungkin. Tapi awas, silap langkah pihak twitter akan menggelar anda spammer. Tapi ada tekniknya untuk mendapat 100 followers setiap hari. Buktinya:
1)Rabu

2)Khamis

Ini baru guna satu teknik. Hehehe, semua ini dipelajari dari Ebook Duittwitter. Berbaloi-baloi...

Wednesday, November 3, 2010

2 Perkara Yang Sentiasa Dilakukan

Teringin berkongsi dua perkara yang sentiasa dilakukan:-
1)Lepak kat Anjung Senja, Kota Kinabalu. Jika tak hujan, pastinya berada kat sini setiap petang, melihat matahari terbenam. Berdua lebih baik, tapi hakikat seorang diri.

2)Menonton Gusti. Antara perkara yang pasti dilakukan. Rasa-rasanya, inilah satu satunya Restoran di Sinsuran, Kota Kinabalu, tempat penggemar gusti lepak. Semua episode baru ditayangkan di sini.

ChurpChurp: RM 81.5 before you get paid!

Di sabah pada waktu ini cuacanya panas, tapi rasanya petang akan hujan... huhuhu... sekali sekala merapu apa salahnya... Ok,hari ini teringin pula nak berkongsi pendapatan ChurpChurp.

Tak banyak, tapi rasanya akan bertambah banyak.. hehehehe... Susah ke nak buat duit dengan churpchurp nih? Jawapannya, Senang. Mungkin ada yang rasa pelik, cam mana churpchurp menentukan harga iklan yang mereka letak kat twitter kita? mengikut bilangan followers. Satu followers dibayar RM0.005. Jika ada 100 followers maka churpchurp bayar RM0.50. Maksudnya, semakin banyak followers, semakin banyaklah anda dapat.

Mungkin ada yang akan bertanya,"Ronald, ko pula cam mana?" Ok, Setakat hari ini, followers ialah 800 orang, sikit jeh kan. Bermakna kalau tiba-tiba dapat job dari churpchurp, adalah dalam RM4.00.. hehehe...
"Ronald, boleh beri tips?" boleh, semua tips ada dalam Duittwitter Wanmus. Serius, semua ada kat sana.

Monday, November 1, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

Jika tak pernah menjana pendapatan di internet, apa kata join ChurpChurp. ChurChurp adalah adik kepada Nuffnang. U Know, I Love ChurpChurp. ChurpChurp, seperti bunyi anak burung, kan...

Churpchurp nih memang best. Rugi jika tak join. Churpchurp menggunakan Facebook dan Twitter sebagai medium pengiklanan. Jika anda seorang yang tidak suka berblogging, dan merupakan Pengguna Facebook dan Twitter tegar, sahlah Churpchurp yang sesuai. Joinlah ChurpChurp.

Hmm,jika churpchurp nak buat aktiviti, apa kata sekali sekala datang Sabah, tak kisahlah apa aktivitinya. Huhuhu, Mesti best dan gempak.

Selamat Datang November

Wah, lamanya tak update blog nih. Tapi akhirnya hari nih update juga... huhu.. emm, nak cerita apa ya. Oh ya, Pertandingan kat Blog Mediakini dah ada pemenang. Petang tadi dah bayar pun, kat maybank. Luculah pula, ambil nombor untuk masukkan duit. Nih nak kena bukan akaun Maybank nih.

Minggu lepas, hari Jumaat, pergi temuduga Risda, jawatan Pembantu Pertanian. Yang nih pun lawak juga, lepas perkenalkan diri, dimintalah pula melakukan contoh ceramah dalam salah satu bahasa etnik Sabah, terkejut juga, alasan penemuduga, "Senang sikit nak berkomunikasi dengan orang kampung". Bergegar dibuatnya. Sebenarnya, saja ikut temuduga nih. Cari pengalamanlah katakan.

Sekarang nih tengah demam buat duit dengan twitter. Wanmus ada jual ebook Duittwitter, dengar-dengar harga nak naik, jadi belilah cepat. Tak rugi beli ebook nih. Berbaloi.

Tuesday, October 19, 2010

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Detox Foot Pad, macam pernah saya dengar benda nih. Saya pun melakukan sedikit kajian tentang Detox Foot Pad.

Dengar-dengar Detox Foot Pad membuang toksin badan semasa tidur, maksudnya pakai time tidur, betulkah? Detox Foot Pad nih herba semulajadi yang diadun rapi berdasarkan ramuan rawatan tradisi Cina. Penggunaan bahan herba seperti Bamboo Vinegar, Tourmaline, Silicon, Ethylene Glycol, Chitosan & Vitamin C mampu menyedut toksin yang berkumpul di dalam badan anda.

Teringin pula nak test benda nih. Harap-harap bro Hazman beri saya satu... hehehe...
Info lanjut: hazmanfadzil.com

Monday, October 18, 2010

Saya Jatuh Cinta & Perempuanku

Hmm, entahlah kenapa tiba-tiba saya teringin berkongsi cerita tentang hati dan perasaan. Sedangkan saya seorang suka memendam rasa. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, adakan ini petanda seseorang sedang dilamun cinta. Nampak macam ianya satu gurauan, tapi itulah yang saya rasa. Mandi basah tapi rasa macam tak mandi. Makanan cukup tapi tak rasa macam kenyang. Tidur pun tak menentu.

Ya, saya jatuh cinta dengan gadis sekampung saya. Sebenarnya perasaan ini saya pendam sejak saya menuntut di tingkatan 6. Masa tu dia tingkatan 1. Saya pendam sehingga baru-baru ini saya bertemu dengan dia di FB. Walaupun kami sekampung tapi jarang jumpa, itulah hakikat.

Sekarang nih dia menuntut di sebuah IPTS dalam bidang kejururawatan di semenanjung. Orangnya cute, hmm... lasak tapi manja... saya sudah pun meluahkan perasaan saya, tapi sayang dia sebenarnya mempunyai kekasih. Saya beritahu dia, yang penting saya telah meluahkan perasaan saya, cukuplah. Saya tak nak jadi perampas, jika jodoh tak kan kemana. Saya cuba hidup seperti biasa, walau hakikatnya hati ini berdenyut semacam.

Thursday, October 14, 2010

Berapakah Harga Duit Syiling 50 Sen Tahun 1967?

Cerita saya kali ini agak lain sikit. Biasalah blogger, ada ada saja yang ingin dikongsikan.Hari ini saya nak cerita tentang duit syiling 50 sen tahun 1967. Seorang rakan memberitahu saya, duit syiling tu boleh dijual dengan harga RM500. Betulkah?

Dipendekkan cerita saya ada duit syiling tersebut. Saya perolehinya dari konduktor bas semasa membayar tambang. Saya pun buat carian di google tentang duit syiling nih. Tapi sayang, duit syiling ini tak lah semahal yang disangkahkan, kerana ianya jenis yang berparit di tengah-tengah. Tapi saya tetap simpan duit syiling nih. Kerana 10 tahun dari sekarang, ianya mungkin sukar dicari. Hmm, simpan sajalah kan.

P/S - sorrylah gambar duit syiling tu tak jelas. Biasalah, handphone murah yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut.

Monday, October 11, 2010

Sakit Dan Sembuh

ya, minggu lepas saya mengalami masalah kesihatan yang membuatkan mood blogging down. Batuk batuk, selesema yang menyebabkan hidung tersumbat, akhirnya ok juga bila dah makan ubat dan mengamalkan salah satu dari 7 makanan cegah batuk dan selesema.

Emm, Pada 10/10/10, Bro Bearnerd Bondly telah mengadakan Bengkel Minisite - Belajar Bina Minisite Sendiri Semudah A-B-C, di Kota Kinabalu. Emm, kecewa saya, tak dapat join seminar ini, bajet tak cukup. Tapi yang bestnya beliau akan mengadakan sekali lagi seminar pada bulan 11 atau 12. Kali ini saya tak mahu ketinggalan.

Emm, seperti yang saya umumkan pada awal bulan, saya ada menganjurkan pertandingan komen dan menang di blog mediakini. Tapi sayang seribu kali sayang, setakat hari ini, cuma ada satu penyertaan sahaja, dan yang lebih memeranjatkan, peserta tersebut adalah blogger yang berumur 12 tahun. emm, saya tahu Rm10 tu sikit, tapi ianya mungkin menjadi pendapatan pertama anda, jika anda tak pernah menjana pendapatan dari internet. Mana tahu, untung sabut timbul.

Saya berharap mood blogging saya akan stabil. Entahlah, hati saya nih macam jatuh cinta jah dengan seseorang. hmm... hehe.. walaubagaimanapun, blogging is first.

Tuesday, September 28, 2010

Terima Kasih Nuffnang


Akhirnya Nuffnang mengembalikan status Glitterati saya setelah 4 hari saya menunggu. 4 hari yang lalu Nuffnang telah menarik status Glitterati kerana saya tidak handsome,opss silap, kerana saya di dapati mempromosikan iklan milik Youthsays. Youthsays adalah haram disisi undang-undang Nuffnang. Saya sebenarnya telah meminta penjelasan dari pihak nuffnang tentang youthsays, dan Nuffnang telah memberi penjelasan melalui email.

Apa-apa pun, terima kasih nuffnang kerana mengembalikan status Glitterati saya

Monday, September 20, 2010

Buat Duit Dengan Ads4Live

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya nak cerita sikit tentang Ads4Live, salah satu program PTC milik rakyat malaysia. Saya tahu, masih ramai yang kurang yakin dengan program sebegini. Namun tidak rugi jika kita mencubanya.

Berikut sebab saya join Program ini:-
1) Dikendalikan oleh Classic Tech Global (M) Sdn Bhd - 824312-X-2010. Sebuah Syarikat yang berdaftar.

2) Mempunyai pengiklan yang ramai. Pengiklan terdiri daripada usahawan internet dan syarikat.

3) Mempunyai sistem pendapatan yang tersusun dan mudah difahami. Pendapatan sehingga 4 level.


Rasanya cukuplah tiga sebab saya join program ini. Jika ada masa, saya akan cerita lagi, bagaimana menjana pendapatan yang lebih dari program ini. Apa-apa pun, jika anda ingin menyertai program ini, sila click Ads4Live. Apa pendapat anda mengenai program ini?

Duit Raya Dari Seorang Blogger


Tengahari tadi saya telah memeriksa peti pos rumah. Di dalamnya ada sepucuk surat ekspres untuk saya. Apabila saya memeriksa pengirimnya, rupanya daripada hazmanfadzil.com. Hehe.. harap-harap duit raya.

Saya pun membuka sampul surat tersebut. Saya mendapati ada sampul duit raya di dalamnya. Sah, ini adalah duit raya yang saya menangi kerana menjadi pengomen top 5 hari raya pertama. Jumlahnya tak penting, yang penting dapat duit raya bah. Apa apa pun, thanks Bro Hazman kerana menganjurkan pertandingan sebegini. Lain kali, anjurkan lagi.

Sunday, September 19, 2010

Gadis Facebook dan Buat Duit Dengan PTC

Sorry lah, lupa nak update blog. iss, nih lah kes layan gadis kat FB, asik chat saja. saya berharap saya tidak akan menjadi ulat FB.

emm, sebenarnya hujung minggu nih saya boring sangat. Tidak tahulah kenapa. Mode blogging pun slow sangat. nak kata sakit tak juga. Macam ada taman dalam hati. Apa-apa pun ada beberapa perkara yang saya nak cerita:

Pertama sekali, saya nak cerita tentang program PTC yang saya kongsi hari tu,Malaysian PayPerClick. Sebenarnya saya agak hairan jugalah, kenapa susah sangat diorang nak bagi iklan untuk di click. Cuba bayangkan, 2 hari 1 click, dahlah 1 click rm0.01 saja. Seorang sahabat mencadangkan saya upgrade, tapi saya belum bersedia kearah itu, saya masih menyiasat program ini, pengiklan pun macam tak ramai, saya cuba untuk cari kelebihan program ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada 3 individu yang telah mendaftar dibawah saya. Saya sedang berfikir hadiah apa yang saya nak beri kepada 3 individu tersebut, mungkin ebook.

Hari ini juga saya telah join satu program PTC, juga dari malaysia iaitu Ads4live. Esok saya akan huraikan sebab saya join program ini, saya bukanlah seorang yang mudah sangat join program sebegini. Nak lihat, click Ads4live

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Sebenarnya saya cukup terujah apabila bercerita tentang 16 September. Semuanya tahu, ianya tarikh pembentukan Malaysia. Tapi tahukah anda, tarikh 16 September jugalah tarikh kemerdekaan sebenar Sabah dan Sarawak? itu adalah kenyataan yang sebenarnya. Sabah dan Sarawak merdeka apabila bergabung dalam membentuk Negara Malaysia. Buku sejarah ada menulis tentang perkara ini. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saturday, September 11, 2010

Diary Raya Kedua

Bila sebut Raya, semua mesti bertanya,"Ko pih Raya Mana?" Cerita bab pergi jalan berasa ini masih terlalu awal untuk diceritakan, yelah, rayakan sebulan. Namun, setakat Raya kedua ini, saya baru saja balik beraya kat Stadium Likas, rumah terbuka Menteri Kabinet Sabah. Sorry lah, lupa ambil gambar, banyak makanan sedap.

Hari Raya ini, hampir semua orang sibuk beraya. Traffik blog pun sepi. Nak cari 50 pengunjung pun susah. Tapi saya percaya, seminggu lagi Traffik blog akan mulai sesak.

Baru-baru ini juga saya telah membeli 30 Ebook PLR, MRR, dan RR. Penjualan 30 Ebook tersebut di beri nama Pakej Aidilfitri, pakejnya berharga RM30. Ada sebab kenapa saya sanggup beli ebook ini, jika anda benar-benar ingin serius dalam dunia blogging dan perniagaan internet, anda harus sanggup mengeluarkan wang untuk ilmu.