Friday, November 12, 2010

Selamat Tinggal Dunia Blogging


Tajuk kali ini agak lain sikit. Hehe... mustahillah nak berhenti... perjuangan mesti diteruskan... sebenarnya, blog pribadi dah berpindah ke Ronaldmohoni.com.

Sunday, November 7, 2010

Nuffnangers In Kota Kinabalu


Kekecewaan di hati ini cukup terasa. Ya, itulah yang dirasakan, semalam bertempat jesselton Point, satu event iaitu Stompin' Sabah yang di bawah oleh Xpax. Macam manalah boleh tidak perasaan email dari nuffnang. Kecewa sangat tak dapat hadir semalam. Hmm, nasiplah saya nih pengguna tegar digi...

Saturday, November 6, 2010

Akhirnya Ronaldmohoni.com Wujud

Walaupun hujan, tapi tidak terasa sejuknya. Mungkin kerana terlalu terujah dengan kewujudan Ronaldmohoni.com. Akhirnya berjaya juga memilik blog berbayar.

Domain + Hosting, cuma berharga RM75 sahaja. Boleh dikatakan murah dan berbaloi untuk rancangan masa depan. Jika anda teringin memilik Domain + Hosting, cubalah JOMHosting.Net, syarikat penyedia hosting dan domain milik Bro Wanmus.

Friday, November 5, 2010

Selamat Menyambut Deepavali

Thursday, November 4, 2010

Blog Mediakini Jadi Laman Web Lucah?


Hari ini tiba-tiba teringin nak log in akaun nuffnang, saja nak periksa. Apabila periksa kata kunci yang membawa masuk pengunjung, terperanjatlah pula, ada seseorang yang masuk kerana mencari alat sulit wanita di Blog Mediakini, salah satu blog yang disayangi. Sejak bila pula blog tu jadi laman web lucah. Agaknya sebab ada artikel yang ditulis berkenaan kesihatan wanita. Macam-macam lah.. hehehe..

Tambah 100 Followers Twitter Setiap Hari

Semenjak kemunculan buat duit dengan twitter nih, masing-masing nak tambah follower seramai mungkin. Tapi awas, silap langkah pihak twitter akan menggelar anda spammer. Tapi ada tekniknya untuk mendapat 100 followers setiap hari. Buktinya:
1)Rabu

2)Khamis

Ini baru guna satu teknik. Hehehe, semua ini dipelajari dari Ebook Duittwitter. Berbaloi-baloi...

Wednesday, November 3, 2010

2 Perkara Yang Sentiasa Dilakukan

Teringin berkongsi dua perkara yang sentiasa dilakukan:-
1)Lepak kat Anjung Senja, Kota Kinabalu. Jika tak hujan, pastinya berada kat sini setiap petang, melihat matahari terbenam. Berdua lebih baik, tapi hakikat seorang diri.

2)Menonton Gusti. Antara perkara yang pasti dilakukan. Rasa-rasanya, inilah satu satunya Restoran di Sinsuran, Kota Kinabalu, tempat penggemar gusti lepak. Semua episode baru ditayangkan di sini.

ChurpChurp: RM 81.5 before you get paid!

Di sabah pada waktu ini cuacanya panas, tapi rasanya petang akan hujan... huhuhu... sekali sekala merapu apa salahnya... Ok,hari ini teringin pula nak berkongsi pendapatan ChurpChurp.

Tak banyak, tapi rasanya akan bertambah banyak.. hehehehe... Susah ke nak buat duit dengan churpchurp nih? Jawapannya, Senang. Mungkin ada yang rasa pelik, cam mana churpchurp menentukan harga iklan yang mereka letak kat twitter kita? mengikut bilangan followers. Satu followers dibayar RM0.005. Jika ada 100 followers maka churpchurp bayar RM0.50. Maksudnya, semakin banyak followers, semakin banyaklah anda dapat.

Mungkin ada yang akan bertanya,"Ronald, ko pula cam mana?" Ok, Setakat hari ini, followers ialah 800 orang, sikit jeh kan. Bermakna kalau tiba-tiba dapat job dari churpchurp, adalah dalam RM4.00.. hehehe...
"Ronald, boleh beri tips?" boleh, semua tips ada dalam Duittwitter Wanmus. Serius, semua ada kat sana.

Monday, November 1, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

Jika tak pernah menjana pendapatan di internet, apa kata join ChurpChurp. ChurChurp adalah adik kepada Nuffnang. U Know, I Love ChurpChurp. ChurpChurp, seperti bunyi anak burung, kan...

Churpchurp nih memang best. Rugi jika tak join. Churpchurp menggunakan Facebook dan Twitter sebagai medium pengiklanan. Jika anda seorang yang tidak suka berblogging, dan merupakan Pengguna Facebook dan Twitter tegar, sahlah Churpchurp yang sesuai. Joinlah ChurpChurp.

Hmm,jika churpchurp nak buat aktiviti, apa kata sekali sekala datang Sabah, tak kisahlah apa aktivitinya. Huhuhu, Mesti best dan gempak.

Selamat Datang November

Wah, lamanya tak update blog nih. Tapi akhirnya hari nih update juga... huhu.. emm, nak cerita apa ya. Oh ya, Pertandingan kat Blog Mediakini dah ada pemenang. Petang tadi dah bayar pun, kat maybank. Luculah pula, ambil nombor untuk masukkan duit. Nih nak kena bukan akaun Maybank nih.

Minggu lepas, hari Jumaat, pergi temuduga Risda, jawatan Pembantu Pertanian. Yang nih pun lawak juga, lepas perkenalkan diri, dimintalah pula melakukan contoh ceramah dalam salah satu bahasa etnik Sabah, terkejut juga, alasan penemuduga, "Senang sikit nak berkomunikasi dengan orang kampung". Bergegar dibuatnya. Sebenarnya, saja ikut temuduga nih. Cari pengalamanlah katakan.

Sekarang nih tengah demam buat duit dengan twitter. Wanmus ada jual ebook Duittwitter, dengar-dengar harga nak naik, jadi belilah cepat. Tak rugi beli ebook nih. Berbaloi.