Wednesday, August 4, 2010

Kesilapan Penjual Ebook

Tahun lepas, saya ada membeli sebuah ebook. Ebook tersebut ditulis oleh Bro SmartZul, ebook tersebut berkaitan Panduan Membina Blog Wordpress. Seperti yang kita tahu, ada beberapa penjual ebook yang mempunyai hak jualan semula.

Dipendekkan cerita. Saya telah mengetahui dua individu yang menjual Ebook ini, iaitu Bro SmartZul dan Seorang yang mempunyai Hak Jualan Semula. Bro SmartZul jual dengan harga RM50, Yang seorang lagi jualan dengan harga RM47. Tetapi saya membeli dari Bro SmartZul.

Kenapa saya beli dari Bro SmartZul yang menjual dengan harga RM50? Kenapa saya tidak beli dengan Bro yang seorang lagi, sedangkan harganya RM47 sahaja, jimat RM3.

Ok, ini jawapan saya. Dulu saya tidak tahu mengunakan Online Bank seperti Maybank2u, CIMB Click dan yang seangkatan dengannya. Pada masa itu juga saya berkerja sebagai Promoter di sebuah Superstore, jual pakaian perempuan, serius.

Jadi macam mana saya nak bayar ebook tersebut? nak bayar online, saya tidak tahu. Nak pergi bank tiada masa. Nak transfer guna ATM pun saya tidak tahu. Yang saya tahu ialah Bank In menggunakan mesin ATM. Jadi faham-faham sajalah,mana boleh Bank In RM47 di mesin ATM. Jadi, saya belilah ebook yang dijual Bro SmartZul dengan harga RM50.

Inilah yang saya namakan kesilapan penjual ebook. Jadi, lain kali janganlah jual ebook dengan harga yang pelik. Sebab tidak semua masyarakat di Malaysia ini tahu guna Bank Online, ada masa pergi bank, atau tahu transfer duit guna ATM. Jadi juallah dengan harga dalam gandaan rm10, supaya pembeli mempunyai pilihan pembayaran yang dirasakan mudah. Boleh bahkan.