Monday, August 2, 2010

Blogger Yang Tersepit

Penatnya, saya baru balik dari jalan jalan kat Bandar Kota Kinabalu. Sampai rumah baru saya teringat, saya belum tulis artikel kat blog. Apalah lagi, terus on laptop.

Ya, saya seorang blogger yang tersepit. Walaupun bukan seorang full time blogger, tapi blogger juga namanya. Saya nih kira part time blogger, part time blogger yang berjuang dengan blog berbahasa melayu. Ambik kau, macam manalah boleh buat duit dengan blog berbahasa melayu. Blogger lain berjuang dengan blog BI, saya jah yang terus berjuang dengan blog BM. Blog free pula tu.

Apa boleh buat, saya lebih suka berjuang dengan blog BM. BI saya nih boleh dikategorikan hancur, SPM dapat 8 jah, time exam Subjek BI, saya tak buat karangannya, sebab saya memang tak tahu buat karangan BI. Sekarang nih, ada juga cuba-cuba tulis artikel BI, guna Google translate atau CitCat, bila bagi kawan check, diorang gelak, mereka kata artikel saya darjah 3 punya karangan.

Walaupun sibuk dengan study, saya tetap update blog. Kalau dah blog BM, apa lagi, nuffnang lah jawabnya. Saya baru saja nak serius buat duit dengan blog. Tapi sayang, rakan-rakan tak pernah faham. Bila saya cakap nak buat duit dengan blog, mereka senyum sinis. Rasa macam nak berhenti jah tulis blog.

Nih yang buat saya tersepit. “Apa senyum-senyum, suka hati sayalah” itu yang saya kata. Macam kasar pula bahasa saya tu. Setakat nih saya dah cuba keluarkan duit dari nuffnang. Tapi, nuffnang belum bayar lagi. Tunggu jeh lah. Selain nuffnang, Youthsays pun saya belasah, walaupun iklan yang ada terpaksa dikongsi-kongsi, tapi bolehlah, daripada langsung tiada, lebih baik ada. Youthsays nih, lebih sesuai dengan facebook, itu yang saya dapat rasakan, walaupun ianya juga boleh diletak di blog.

Blogging nih, kalau kita buat betul-betul, boleh buat duit, itu yang saya rasa. Cuma saya masih lagi mencuba, membuktikan blog BM boleh pergi jauh. Saya sedar, masih ramai rakyat Malaysia yang mencari maklumat di internet, maklumat dalam bahasa melayu. Saya berharap, saya boleh pergi jauh.

13 comments:

Kujie said...

Kalau usaha, kerja kuat
tahun depan mungkin TERSEPIT di celah-celah timbunan duit..haha

cuz said...

blog BM kompom leh g jauh la bro..mmg ramai lagi rakyat malaysia yang mencari blog BM..hehe

aimannajmy said...

Hmm apa2 pun besabar bro..pedulikan sahaja apa org nk kata...dioarng bkn bg kt duit untk kt survive ye x? diorg mengata je tahu

semutcomey said...

yakin boleh rakan muda. boleh dapat, jangan give up!

Ronald Mohoni said...

Terima kasih semua,
kerana memberikan saya semangat.

denaihati said...

Boleh boleh boleh blog melayu pasti Boleh

rohaizad said...

Selalunya yang kata tidak boleh tu bukan orang lain, tapi diri sendiri...

So untuk mengelakkan diri sendiri dari berkata sebegitu, teruskan sahaja berblogging...

p/s: keep it up!

Ronald Mohoni said...

Terima kasih dengan nasihat Bro Izad.

: bluedianthus : said...

Teruskan berblogging...peduli ja orang cakap apa. Blog BM boleh, blog orang Sabah boleh..hehe..Satu negeri ni Ronald..hehe..:)

sangilapi said...

perghh!nuffnang kencang!{apa rahsianya?] :)

terbukti blog BM pun boleh buat duit! jadi tiada rasa tersepit sangat kan?

Ronald Mohoni said...

Sangilapi.. satu ketika nanti saya akan bocorkan rahsia jana wang dari nuffnang setiap bulan... hehe..

mummynana said...

dun worry be epi ok ;) u can do it!

madlut said...

teruskan usaha bro..rezeki ada kat mana2..BM atau BI, bukanlah penghalang