.bmp)
Tapi persoalannya adakah kentut sejenis penyakit.Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus.
komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.
Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.
Makanan yang boleh menyebabkan kentut
Kacang
Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
Produk tenusu seperti keju, aiskrim, bijirin
Dipendekkan cerita, siapa yang tidak pernah kentut, kemungkinan mempunyai masalah kesihatan. Tapi jika anda mengalami kentut yang keterlaluan, dalam sehari berpuluh kali kentut, sila jumpa doktor, mesti ada yang tak kena.
8 comments:
kalau kentut banyak kira ok lagi berbanding tak kentut langsung,betul tak?
Betul tu khairolghani.
whoa.. banyak juga makanan yang saya suka makan boleh menyebabkan pencemaran bau. kena kurangkan terutama bila kena keluar atau pergi majlis keramaian ni. hehehe :P
wah entri yang penuh dengan kajian saintifik..entri org lain baca kisah peribadi je hehe.. mantap bro! jgn lupa kentut hari ni..
Armouris: hehehe... Dila: Betul tu dila, hehehe.. Aimannajmy: Kentut tu penting, tak kentut, maksudnya tak sihat.
lau tak kentut nnti angin penuh dalam perut kan?
betul tu fiezaradzi
ape plak beza kentut kuat ngan kentut perlahan? hehe..
Post a Comment