Monday, August 16, 2010

Blogger Yang Terdesak

Hari ini saya hampir-hampir terlupa, nasib baik saya lawat blog Bro Izad, kalau tidak pasti saya lupa tulis artikel tentang blogger yang terdesak. saya bukannya apa, nak tulis artikel nih pun sebab nak luahkan perasaan yang tak tentu arah nih. Sepatutnya artikel nih, esok baru post, saja saya nak post malam nih juga. Takut terlupa, faham-faham sajalah, blogger part time, tak semua perkara diingat. Biasalah Student. Sebelum saya sambung cerita, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung muslim. Bestnya bulan puasa nih ialah, banyak makanan yang jarang kita jumpa di bulan lain. Walau saya bukan muslim, tapi kadang-kadang terikut juga puasa, ikut kawan.

Ya, banyak perkara yang mendesak. Memang impian saya nak jadi Full Time Blogger. Saya sedar nak jadi blogger kena kerja keras. Sakit kepala memang perkara biasa, memikirkan apa yang harus ditulis. Kawan kata, perniagaan internet lebih senang dari blogging, blogging memeningkan kepala katanya. Bila tulis artikel jeh, mesti muka ketat.

Walaubagaimanapun, setakat ini hanya 2 perkara yang mendesak saya sebagai part time blogger. Pertama nak meningkatkan pendapatan dalam dunia blogging, macam biasa Nuffnang telah memberikan pulangan, tapi masih sedikit saya rasakan, kadang-kadang rasa macam nak klik sendiri iklan Nuffnang tu, sebab saya tahu iklan Nuffnang kerap keluar pada jam 12.00-1.00 siang malam, tapi tak baik menipu. Harap Youthsays pun susah sikit, biasalah iklan yang diberi kena kongsi-kongsi. mahu tidak mahu, terdesak cari peluang lain. Ada apa-apa cadangan?

Perkara kedua yang mendesak saya ialah nak tarik traffik ke blog. Saya ada 8 blog termasuk 2 blog baru, yang saya bina dengan Blogger.Com, namun cuma 4 blog yang boleh ditemui melalui enjin carian. Saya juga mempunyai 2 blog baru yang berpotensi jika kena tekniknya, kerana kedua-dua blog ini telah saya kaji kata kuncinya, kata pak cik google kedua-dua mempunyai carian yang tinggi setiap bulan. Page dalam Enjin carian pun saya rasa boleh kejar. Cuma kena kerja keraslah. Pening juga nak tarik traffik nih. Nampak macam senang, tapi pukulannya, silap sikit berhenti blogging. Apa-apa pun, saya berharap mampu terus bertahan dalam dunia blogging.

9 comments:

Sya Isya said...

wow! banyaknya blog you ada. Sya ada 3 je, tapi 1 je yang aktif. hehe. sungguh saya tak larat ada banyak blog. Sya juga part time je berblog, saje je suka-suka. tapi berblog untuk jana pendapatan ni, bagi Sya, agak memeritkan juga. Kalau tak kuat semangat, silap2 hari bulan, boleh berhenti berblog. So Ronald, keep it up. believe in yourself.

aimannajmy said...

Wah kental sungguh bro mengharungi dunia blogging ni ye.Saya baru berjinak2 masih byk belum bljr lagi

indra said...

Great job bah ko buat ni boss...
kental semangat mu boss..
good luck..
aku ada 2 blog jak..
1 bm sama 1 lg bi..
tp yang bm jak aktif..
yang bi ndak..
hehehehehehe...

Fahmi Raazali said...

hehe aku sendiri pun still dalam usaha menarik trafik ke blog aku yg baru... trafik daily around 10uv baru.

nak kena masukkan entry yang evergreen kat dalam blog nih :-)

jom sama2 berusaha ya :-)

Eizil said...

Jangan terlalu kejar byk2 sangat blog bro, pastikan yang sedia ada bebetul berjaya baru tambah. :)

Semoga akan selesai semua perkara yang mendesak diri bro, jangan mudah putus asa...

Ronald mohoni said...

Terima kasih dengan sokongan dan nasihat anda semua.

mummy nana said...

all the best bro! :)

Dila.13 said...

Ronald, jangan putus asa dan teruskan timba ilmu blogging ye. betul kata Ronald, kalau kena pada cara, setakat nak dapatkan income 4 angka tu tak mustahil cuma kena rajin. tulis artikel muka ketat? haha.. statement tu memang melucukan. kalau kita dah boleh tulis artikel sendiri, lagi jimat dari perlu upah freelance writer :D

khairolghani said...

8 blog?banyak tu..aku yg baru ada 3 ni pun dah terkial2..

manage elok2 bro blog2 tu..memang akan ada hasil kalau kena cara..