Monday, October 11, 2010

Sakit Dan Sembuh

ya, minggu lepas saya mengalami masalah kesihatan yang membuatkan mood blogging down. Batuk batuk, selesema yang menyebabkan hidung tersumbat, akhirnya ok juga bila dah makan ubat dan mengamalkan salah satu dari 7 makanan cegah batuk dan selesema.

Emm, Pada 10/10/10, Bro Bearnerd Bondly telah mengadakan Bengkel Minisite - Belajar Bina Minisite Sendiri Semudah A-B-C, di Kota Kinabalu. Emm, kecewa saya, tak dapat join seminar ini, bajet tak cukup. Tapi yang bestnya beliau akan mengadakan sekali lagi seminar pada bulan 11 atau 12. Kali ini saya tak mahu ketinggalan.

Emm, seperti yang saya umumkan pada awal bulan, saya ada menganjurkan pertandingan komen dan menang di blog mediakini. Tapi sayang seribu kali sayang, setakat hari ini, cuma ada satu penyertaan sahaja, dan yang lebih memeranjatkan, peserta tersebut adalah blogger yang berumur 12 tahun. emm, saya tahu Rm10 tu sikit, tapi ianya mungkin menjadi pendapatan pertama anda, jika anda tak pernah menjana pendapatan dari internet. Mana tahu, untung sabut timbul.

Saya berharap mood blogging saya akan stabil. Entahlah, hati saya nih macam jatuh cinta jah dengan seseorang. hmm... hehe.. walaubagaimanapun, blogging is first.

4 comments:

Merrinette said...

all the best!
falling in love is sometimes a wonderful thing to happen, embrace it :)

Ronald mohoni said...

hehe..
thanks merrinette..

titan said...

falling in love? with who?

ronald mohoni said...

hehe..
biasalah Titan..
nanti saya cerita dilain artikel..