Cerita saya kali ini agak lain sikit. Biasalah blogger, ada ada saja yang ingin dikongsikan.Hari ini saya nak cerita tentang duit syiling 50 sen tahun 1967. Seorang rakan memberitahu saya, duit syiling tu boleh dijual dengan harga RM500. Betulkah?
Dipendekkan cerita saya ada duit syiling tersebut. Saya perolehinya dari konduktor bas semasa membayar tambang. Saya pun buat carian di google tentang duit syiling nih. Tapi sayang, duit syiling ini tak lah semahal yang disangkahkan, kerana ianya jenis yang berparit di tengah-tengah. Tapi saya tetap simpan duit syiling nih. Kerana 10 tahun dari sekarang, ianya mungkin sukar dicari. Hmm, simpan sajalah kan.
P/S - sorrylah gambar duit syiling tu tak jelas. Biasalah, handphone murah yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut.
Brooklyn cold-pressed organic
-
Offal yr portland iPhone shabby chic single-origin coffee try-hard
activated charcoal jianbing af semiotics.
7 comments:
yeah.... sememangnya... ada potensi harga akan naik 10 thn akan datang....
dah dapat wet banyak dari nuffnang nanti boleh la bli DSLR...hehe
Hazman: Betul tu Bro
Zyash: hehehe... betul tu Zyash...
Saya tak pasti pulak apa keistimewaannya sampai berharga RM 500. Sebagai Kakitangan muzium saya berpendapat, harganya mungkin bernilai, tetapi taklah sampai RM 500, kerana masih terdapat banyak wang-wang yang lebih lama hanrganya tidak sampai RM 500. Pendapat aje..
boleh ke?
satu ketika dulu ada orang sanggup nak bayar rm50 untuk duit syiling 20 sen dengan 50 sen tahun 19xx (dah lupa). ramai orang cari tapi tak jumpa. rupa-rupanya duit syiling tu memang tak dikeluarkan pada tahun tersebut hehe
Fairus:Saya sendiri pun tak pasti.. cuba buat carian kat google..
Ken: Saya sendiri pun kurang pasti. Belasah saja lah.
Amirez: Saya pun pernah dengar.
Post a Comment