Monday, November 1, 2010

Selamat Datang November

Wah, lamanya tak update blog nih. Tapi akhirnya hari nih update juga... huhu.. emm, nak cerita apa ya. Oh ya, Pertandingan kat Blog Mediakini dah ada pemenang. Petang tadi dah bayar pun, kat maybank. Luculah pula, ambil nombor untuk masukkan duit. Nih nak kena bukan akaun Maybank nih.

Minggu lepas, hari Jumaat, pergi temuduga Risda, jawatan Pembantu Pertanian. Yang nih pun lawak juga, lepas perkenalkan diri, dimintalah pula melakukan contoh ceramah dalam salah satu bahasa etnik Sabah, terkejut juga, alasan penemuduga, "Senang sikit nak berkomunikasi dengan orang kampung". Bergegar dibuatnya. Sebenarnya, saja ikut temuduga nih. Cari pengalamanlah katakan.

Sekarang nih tengah demam buat duit dengan twitter. Wanmus ada jual ebook Duittwitter, dengar-dengar harga nak naik, jadi belilah cepat. Tak rugi beli ebook nih. Berbaloi.

2 comments:

Cik Norfa said...

pandai ye ckp sabah. org sabah ke?

Entry terbaru : Resign Letter for my boss!

Ronald mohoni said...

Ya, orang sabah.