Tuesday, July 13, 2010

Berani Gagal



Buku Berani Gagal Hasil Karya Billi Lim banyak membantu saya menempuhi liku-liku kehidupan. Sebuah buku motivasi yang sarat dengan panduan dan kisah kehidupan insan yang pernah gagal namun akhirnya berjaya. Jika anda gagal, buku ini sesuai untuk menaikkan semangat anda. Boleh di dapati di kedai buku.

Billi mencabar pembaca-pembaca untuk melepaskan diri daripada ketakutan dan salah faham tentang kegagalan dan rintangan supaya mereka dapat menikmati hidup dengan semua kekayaannya tidak kira “baik” atau “buruk”. Beliau sudah digelarkan Guru Kegagalan pertama di dunia, seorang yang membantu anda bangkit apabila anda jatuh. Beliau adalah seorang penceramah inspirasi yang sentiasa menyebabkan para hadirin gelak ketawa sambil menyampaikan mesej-mesej yang mengharukan dan menukar cara fikiran mereka. Litar berceramah beliau pada masa ini meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Jepun, USA, China dan India. Beliau juga seorang tetamu rancangan temubual disukai ramai dan telah menghadiri banyak rancangan radio dan televisyen di sekitar Asia Tenggara.

Jawapan kepada cabaran mengubah impian anda menjadi kenyataan:
1. Temukan pengajaran dan nilai kegagalan
2. Dapatkan manfaat daripada kegagalan
3. Belajar berjaya melalui kegagalan
4. Membuang “beban” akibat kegagalan
5. Wujudkan lagi kehidupan selepas kegagalan.

No comments: